Hye
Sunday, August 29, 2010
Monday, August 23, 2010
Monday, August 16, 2010
cinta perlu keberanian
Thursday, August 12, 2010
love should make us happy
Monday, August 9, 2010
suspen
Friday, August 6, 2010
SALAM RAMADHAN
Tuesday, August 3, 2010
tanda2 sidia menolak cinta anda...
Pernah anda luahkan perasaan kat seseorang untuk ‘bercouple’ kemudian dia menolak niat anda secara terang-terang? Ada yang pernah dan ada yang tidak. Kalo secara terang-terang tu at least kita dah dapat mesejnya, yang dia hanya nak berkawan jer dan tak mahu lebih dari itu tapi kalo yang tolak permintaan anda secara tak terang tu macam mana ek? Ini antaranya :
1)Cerita tentang keburukan diri
-selalunya jarang orang cerita tentang keburukan diri dia pada orang yang dia admire atau dia suka, orang hanya cerita tentang keburukan diri hanya pada kawan yang dia tak mahu rapat dan dengan seseorang yang dia nak orang itu jauhkan diri dari dirinya. So pasni kalo ada sesapa yang bagi tau anda yang dia tak pandai masak la, pemalas la, suka membazir la, kuat cemburu la.. tu tandanya dia menolak permintaan anda untuk ‘bercouple’ dengannya la tu. Dia nak anda tahu betapa ‘buruknya’ dia.
2)Terkenang kekasih lama
-lepas-lepas jer anda bagi tau yang anda suka kat dia, terus dia mula bercerita tentang kisah dia dengan kekasih lamanya. Bagaimana dia masih sayangkan kekasih lama nya walaupon dah putus. Betapa sayang nya dia pada hubungan yang lalu sehingga susah baginya untuk mencari teman baru. Bagaimana dia masih tidak dapat terima tentang hubungannya yang telah putus.. sebenarnya tujuan dia cerita itu semua sebab nak anda tahu, anda tidak sesuai untuk nya. Jadi lebih baik hanya berkawan saja. Kerana semua orang tahu, mengungkit kisah hubungan yang telah berakhir boleh menyakitkan hati pendengar jer.
3)Masih belum bersedia
-ayat yang paling standard yang selalu kita dengar dari zaman dulu sampai la zaman bila-bila pon. Sebenarnya kalau dah ada perasaan sayang dan rindu, hati sentiasa akan bersedia cuma masa jer menentukan bila nya perasaan itu akan bersatu. Tapi kalau dah lama kawan, tiba-tiba anda luahkan padanya dan dia menjawab masih belum bersedia, itu tandanya anda jadi kawan biasa dia jer la sampai bila-bila kerana anda tidak penah wujud pon dalam hatinya.
4)Perkenal kawan-kawan dia pada anda
-sebelum ini tidak penah pon dia cerita tentang kawan-kawan dia pada anda. Hanya bagi tau nama jer dengan sapa dia berkawan. Tiba-tiba bila anda bagi tau nak couple dengan dia, terus dia memperkenalkan kawan-kawan dia yang masih single pada anda. Siap rekemen lagi mana yang lebih sesuai untuk anda. Tu tandanya dia memang nak anda sebagai kawan biasa jer dan tidak lebih dari itu. Walaupon kadang-kadang rasa diri tu macam murah jer sampai boleh di ‘passing’ pada yang lain, tapi itu la kehidupan..
5)Jauhkan diri dari anda
-masa berkawan biasa atau dalam proses berkenal-kenalan, semuanya ok jer. Mesej pon balas, balas laju pulak tu. Kita baru jer send mesej, tak sampai 2 saat dia dah reply. Pagi petang siang malam dia boleh mesej dengan anda. Kadang-kadang tu siap boleh call lagi tanya kabar anda. Tapi selepas anda luah padanya yang anda nak berkawan lebih mendalam, bukan saja balas mesej lambat, kadang-kadang mesej pon tak balas. Silap-silap dia boleh tanya lagi, “ni sapa yang mesej aku nih?”… so anda kena paham-paham la.. takkan dalam masa yang singkat orang boleh lupa kita. Reda jer la ek.
6) asyik dok rindu dekat ex je... pastu sikit2 cerita pasal ex die... tu pun petanda besar juga.... depan kita x cakap die dok gayut ngan ex die selalu...belakang kita begayut jer keja.. so apelagi mmg sidia nak balik kat ex dia lahtu... lagi x kantoi x pe...kalu dah terkantoi bru la kita sedar..
Sebenarnya banyak lagi tanda-tandanya, tapi yang atas ni semua nya selalu terjadi la.
p/s: soal hati tkbleh dipaksa2… tp tk salah kalo mencuba… peace!
bagi sesape la tuan empunya fakta ni thanks alot...