Hye
Monday, August 29, 2011
SELAMAT HARI RAYA
Tuesday, August 23, 2011
bila banyak mulut
Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Kosmo - " Beca meragut nyawa nenek"
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.
Monday, August 15, 2011
TERHARU
TERHARU…
Macam-macam diorang gelar aku
BABI ANJING..
Aku tk terasa pun
Aku kan tunggul jer..
Kau pulak senyum dan kadang2 ketawa kecil
Suka kan kau… tengok orang gelar aku bagai2 mende
X penah pun aku tengok kau menyebelahi aku
Malah kau turut sama…
Yelah… kawan2 kau kan segalanya…
Hina la aku ANJING BABI bagai…
Aku tak kesah pun…
Bergurau atau tidak… aku tetap mempunyai perasaan…
Aku tak kisah pun… orang sindir aku, berat naik kereta orang…
Aku mmg berat… aku faham..
Kawan2 kau ringan…
Aku x penah nak mengeluhpun jika kawan2 kau yg ringan macam kapas naik kereta aku…
Sampai ranap kereta aku…
Kemana jua kawan2 ku.. aku ambil … aku x suka nak mengeluh…
Tapi… aku sangat terasa…
Tapi sungguh terasa…
HINA NYA JADI MUHAMAD NAZRUL
Kau tetap senyum dan ketawa sambil mendengar dan melihat orang menghina aku
TERIMA KASIH
p/s : aku gembira akan penghinaan...
Saturday, August 13, 2011
BERSABAR
Friday, August 12, 2011
SKANDAL ....
Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah. Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya. Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. . Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu.. Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..
dipetik dari sumber internet
p/s : time rase down elok baca atau tengok cite lelawak gini...
hilang perasaan tu... smile
Tuesday, August 2, 2011
new born
ni la anak buah terbaru ku
namenye NURKASIH.... macam familiar jer ekk name tu...
so bertambah lagi lah koleksi anak-anak buah
PAK ANJANG ni...
sukaaaa
cecepat la besar
bagi meriah umah mak tok nanti
mana lagi comei..
p/s : ketembaman ni kekurangan atau kelebihan ek... patut happy dengan tembam atau tak...konpius